Lagu pembuka kata, pemula bicara untuk blog Aku dan Kenangan ini.
Lagu-lagu yang dipersembahkan disini mempunyai cerita dan kenangan tertentu. Untuk hiburan sendiri dan ingin dikongsi kepada semua yang meminatinya. Selamat menghayatinya.
Lagu klasik bertajuk Hanya Nyanyian yang dinyanyikan oleh S. Affendi ini memberi ilham untuk create nama blog ini iaitu www.HanyaNyanyian.blogspot.com Disampaikan dengan begitu baik oleh S. Affendi dan dinyanyikan semula oleh Jamal Abdillah dengan nafas baru yang mengujakan.
Setiap kali mendengar atau/dan menyanyikan lagu ini, terasa sebenarnya lagu ini ditujukan kembali kepada diriku ini oleh si dia. Seakan memang itu yang terjadi lantas lagu ini banyak menitiskan airmata.
Harap dapat bertemu suatu hari nanti atau sekurang-kurangnya tahu, khabar apakah dikau waktu ini?
Kenangan lama terus berulang dalam fikiran bila lagu tertentu mengingatkan kembali peristiwa lama itu. Sesungguhnya kenangan begini menjadi sebahagian dari kenangan hidup.
Lagu tahun 1950an nyanyian asal Rokiah Warda ini menjadi popular semula apabila dinyanyikan semula oleh Yuna. Pun begitu tertarik dengan penyampaian Anis Syazwani.
Antara lagu popular dan diminati ramai pada zamannya. Kini bukan saja penyanyinya menghilang, lagu yang mengasyikkan ini juga tidak lagi berkumandang di radio.
Lagu Kekasih Awal Dan Akhir merupakan lagu ketuhanan yang sering disalah erti oleh pendengar dan peminat Jamal Abdillah yang beranggapan ia merupakan lagu cinta kepada insan.
Lagu tahun 1970an. Bait-bait liriknya amat menyentuh hati. Bila sesekali bersendirian dan kebetulan lagu ini berkumancang di radio ketika memandu, ia cukup melayani perasaan.
Lagu yang dirakam dalam tahun 1988 ini mendapat sambutan luarbiasa dengan gandingan suara Jamal Abdillah dan Fransisca Peter. Cukup popular dan hingga kini masih diminati.